andai kita tahu
Saturday 7 May 2011 | 07:54 | 0 Notes
Andai Kau Tahu..(Buat Si Dia)


Andai kau tahu
Aku sangat memerlukan kau
Andai kau tahu
Aku belajar banyak perkara dari kau
Betapa berertinya sebuah kehidupan
Andai kau tahu
Hati aku tenang sekali ketika bersama kau
Kerana output yang ada pada kau
Andai kau tahu
Kehadiran kau memberi suatu kekuatan
Memberi suatu inspirasi pada aku
Untuk melakukan yang terbaik
Demi masa depan
Andai kau tahu
Kadang kala aku nak kau berubah
Bukan untuk diri ku
Tapi untuk diri kau jugak
Supaya dapat jadi lebih baik dalam
mengharungi hidup ini
Andai kau tahu
Aku tak pernah kecewa mengenali kau
Sebab kelebihan yang ada pada kau
Andai kau tahu
Ungkapan namamu selalu dilafazkan dalam
Sujud dan doaku
Setiap kali aku teringat pada kau
Al-Fatihah kuhadiahkan untukmu
Agar kesihatan,kecekalan & ditetapkan
Keimanan & ketaqwaan pada hatimu
Setiap masa…
Bagi mengharungi dugaan yang tetap hadir
Biar dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan
Andai kau tahu
Ku memohon pada Allah
Agar cinta , rindu & sayangku pada mu
Dialihkan untuknyaNya
Namun maih belum termakbul
Itu yang menyeksa aku sekarang
Andai kau tahu
Seorang wanita sangat lemah
Di hadapan orang dicintainya
Kadang kala dia tidak bijak mengawal emosinya
Andai kau tahu
Aku hanya memerlukan perhatian dari mu
Sudah cukup buat aku..
Andai kau tahu
Keikhlasan aku bersama kau dulu bukan lakonan
Janji-janji bukan kosong
Tapi aku kecewa bila kau tak pegang
Pada janji-janji kau
Padahal kau dah janji dank au yakinkan aku
Dengan janji-janji kau
Tiba-tiba kau berubah…



Aku tahu..
Kau tak dapat menerima aku seadanya..
Tambahan pula aku yang bukan lagi perawan
Tapi ketahuilah…bukan relaku…
kehormatan diambil oleh mereka yang bernafsu binatang!!



Awalnya kau redha..
Tapi sekarang??...
Kau tinggalkan aku..
Aku tiada lagi terbimbing…
Itu yang menyeksa ku sekarang…



**Copy from someone
**Tersentuh hatiku bila baca...



p/s : ALLAHSAYANGAKANKITASEMUA

Older Post | Newer Post